KERJA LAPANGAN PORING HOTSPRING, RANAU
Kawasan kajian terletak di sebelah utara Ranau, Sabah dengan keluasan lebih kurang 150 kilometer persegi. Ia terletak di antara latitud 5°30' U hingga 6°25 U' dan 116° 30' T hingga 117°5 T.
KOLAM AIR PANAS PORING, RANAU
Pekan Ranau merupakan pekan kecil di Pedalaman Sabah. Pekan ini terletak kira-kira 110 Kilometer dari Kota Kinabalu, Sabah. Terdapat beberapa destinasi pelancongan utama yang terletak di daerah Ranau. Salah satunya ialah Kolam Air Panas Poring, Ranau, Sabah.
Kolam Air Panas Poring, Ranau ini terletak kira-kira 13 Kilometer dari pekan Ranau dan merupakan tempat pertama yang dibangunkan sebagai tempat istirehat bagi tentera Jepun dahulu ketika menakluki Sabah pada zaman Perang Dunia Dunia Kedua. Kolam Air Panas Poring yang terletak di Ranau ini terletak di kawasan tanah rendah kira-kira 500 meter dari aras laut dan terletak kira-kira 43 kilometer dari Taman Negara Kinabalu (Gunung Kinabalu)
Kolam Air Panas Poring ini merupakan sebuah kawasan yang sangat berpotensi dijadikan sebagai kawasan destinasi pelancongan. Kawasan Kolam Air Panas ini kaya dengan hutan dipterokarp tanah rendah. Kawasan Kolam Air Panas Poring ini juga dikelilingi oleh himpunan pokok buluh yang merimbun selain buah-buahan dan rotan. Malah nama Poring itu sendiri berasal daripada bahasa penduduk tempatan Kadazan Dusun yang bermaksud "pokok-pokok buluh". Oleh itu, pada tahun 1966, Kolam Air Panas ini telah rasmi dibuka dan menjadi kawasan pelancongan air panas sehingga hari ini kerana kawasan air panas Poring ini sangat terkenal bukan sahaja oleh masyarakat tempatan tetapi juga oleh pelancong-pelancong dari luar negara.
Terdapat sebuah telaga air panas yang terdapat di kawasan ini. Telaga air panas ini merupakan mata air semula jadi yang terbentuk oleh aktiviti gunung berapi yang kurang aktif yang terdapat di dalam perut bumi di kawasan tersebut. Wap panas dari perut bumi kehilangan sebahagian habanya ketika bergerak naik ke permukaan bumi melalui rekahan gunung berapi. Antara sebab mengapa terdapatnya mata air panas semulajadi di kawasan tersebut adalah kerana kawasannya yang terletak berdekatan dengan kawasan Gunung Kinabalu. Wap panas dari perut bumi akan mengembang apabila sampai berhampiran permukaan bumi dan kemudian akan bertukar menjadi cecair dan seterusnya membentuk mata air.
Air panas di Poring, Ranau ini bersuhu di antara 49 hingga 60 darjah calcius. Kolam Air Panas Poring ini mengandungi galian Sulfur. Air panas ini mengandungi karbon dioksida, hidrofon sulfida dan garam mineral lain yang didapati boleh merawat kebanyakan penyakit kulit. Kolam ini mempunyai lebih 30 takungan mandi air panas jakuzi berbentuk tertutup atau terbuka, takung rendaman kaki serta dua buah kolam renang semula jadi dan buatan.
(Kolam Air Panas Poring, Ranau)
Kawasan ini terdiri daripada batuan igneus ultrabes, batuan metamorf dan Pinousok Gravel dan juga batuan sedimen. Pembentukan batuan igneus dalam kawasan kajian di percayai berpunca daripada Mid ocean ridge basalt berdasarkan kajian - kajian sebelum ini. Di percayai juga batuan igneus di kawasan kajian berusia Trias iaitu dalam era Mesozoik.
Analisis petrografi menunjukkan mineral - mineral yang terdiri daripada batuan plutonik iaitu apabila magma menyejuk dan berubah menjadi batu di bawah permukaan. Mineral - mineral seperti piroksen, olivin, homblend, kuarza, plagioklas dapat di lihat dalam petrografi batuan. Selain daripada batuan igneus, batuan metamorf juga di jumpai. Ini menunjukkan bahawa batuan di kawasan kajian telah mengalami proses metamorf.
Batuan sedimen juga di jumpai iaitu daripada formasi Crocker. Formasi Crocker (Eosen LewatMiosen Awal) terdiri daripada selang lapis batu pasir dan syal kelabu atau syal merah. Formasi ini tidak menunjukkan sebarang kesan metamorfisme. Batuan yang di jumpai adalah batu pasir.
BATUAN SEDIMEN
Batu Pasir
Batu pasir (kadangkala dikenali sebagai arenit) ialah sejenis batuan enapan klasik. Ia adalah sejenis batu yang terhasil daripada pasir mampat yang "digam" bersama dengan kalsium karbonat. Batu ini terdiri daripada mineral bersaiz pasir ataupun bijian batu. Seperti pasir, warna batu pasir tidak tentu, namun yang paling biasa ialah sawo matang, perang, kuning, merah, kelabu dan putih.
Kerikil Kuarum
1. Ultrabasik
Kerikil dan bongkah ultrbasik mencirikan batuan asalannya. Batuan ini dikenal pasti sebagai peridotit terpenting. Istilah ini digunakan kerana wujud lebih 50% trepenting dalam batuan. Satu-satunya punca bagi kerikil dan bongkah ini adalah daripada perbukitan ultabasik yang terletak di selatan Gunung Kinabalu. Perbukitan ultrabasik ini berasal daripada kerak lautan yang telah terbentuk lebih awal dan kemudiannya diangkat serta tersingkap ke permukaan apabila magma Gunung Kinabalu merejah. Olivin pula biasanya mempunyai rekahan-rekahan yang membentuk pecahan olivin yang lebih kecil. Rekahan ini diisi oleh serpentin hingga pecahan-pecahan olivin kelihatan dikelilingi sepenuhnya oleh serpentin.
2. Batu pasir
Kerikil dan bongkah batu pasir dicirikan oleh mineralogi dan tekstur yang tidak matang. Ketidakmatangan meneralogi digambarkan oleh kandungan feldspar dan serpihan batuan yang tinggi sementara ketidakmatangan tekstur pula ditafsirkan daripada asingan butiran yang buruk dan kandungan matriks yang tinggi, selain terdapat juga batu pasir yang kandungan matriksnya rendah. Asalan batu pasir ini mungkin daripada sedimen formsi Crocker dan Formasi Trus Madi apabila dilihat daripada butiran dan asinganya.
3. Granodiorit
Bongkah batuan granodiorit berasal daripada granitoid Gunung Kinabalu kerana ia merupakan satu-satunya punca batuan granitik. Ini disokong pula dengan cerapan mikroskopik dimana daripada keratan nipis didapati wujudnya tekstur fenokris yang terdiri daripada kuarza, plagioklas, k-feldspar, biotit dan hornblend. Nisbah k-feldspar kepada jumlah feldspar keseluruhan adalah antara 35%-65% yang menunjukkan ia jenis granodiorit.
MINERAL
Pyroxenes (biasanya disingkat Px) adalah sekumpulan mineral inosilikat yang membentuk batuan penting yang terdapat dalam banyak batuan metamorf dan metamorf. Pyroxen mempunyai formula umum XY (Si, Al) 2O6, di mana X mewakili kalsium, natrium, besi (II) atau magnesium dan lebih jarang zink, mangan atau litium, dan Y mewakili ion saiz yang lebih kecil, seperti kromium, (III), magnesium, kobalt, mangan, scandium, titanium, vanadium atau besi (II). Walaupun pengganti aluminium secara meluas untuk silikon dalam silikat seperti feldspar dan amfibol, penggantian berlaku hanya kepada tahap yang terhad dalam kebanyakan piroksen. Mereka berkongsi struktur bersama yang terdiri daripada satu rantai silika tetrahedra. Pyroksen yang mengkristal dalam sistem monoklinik dikenali sebagai clinopyroxen dan mereka yang mengkristal dalam sistem ortorombik dikenali sebagai ortopiroksen.
Olivin
Mineral olivin ialah silikat besi magnesium dengan formula (Mg2 +, Fe2 +) 2SiO4. Oleh itu ia adalah jenis nesosilicate atau orthosilicate. Komponen utama mantel atas bumi, ia adalah mineral biasa di bawah permukaan bumi tetapi dengan cepat di permukaan.
Kuarza adalah mineral keras dan kristal yang terdiri daripada silikon dan atom oksigen. Atom dihubungkan dalam rangka kerja tetrahedra silikon-oksigen SiO4 yang berterusan dengan setiap oksigen dikongsi antara dua tetrahedra, memberikan formla kimia keseluruhan SiO2. Kuarza adalah mineral kedua paling banyak di kerak benua bumi di sebalik felspar.
Hornblend
Hornblende adalah siri inosilicate kompleks mineral (ferrohornblende – magnesiohornblende). Ia bukan mineral yang diiktiraf dengan hakna sendiri, tetapi nama tersebut digunakan sebagai istilah umum atau medan, untuk merujuk kepada amfibol gelap. Hornblende adalah campuran molekul tiga molekul ; silikat magnesium-kalsium besi, silikat magnesium aluminium-besi dan silikat-magnesium silikat.
Plagioklas
Plagioklas adalah siri tektosilikat (rangka silicate) mineral dalam kumpulan feldspar. Merujuk kepada mineral tertentu dengan komposisi kimia tertentu, plagioklas adalah siri penyelesaian pepejal yang berterusan, lebih dikenali sebagai siri feldspar plagioklas.